Friday 18 March 2011

Apa sebenarnya....

Entah la kenapa fikiran nie tidak pernah senang...macam ada saja yang tidak kena. Bermula dengan misi untuk mendapatkan pengiktirafan MS - ISO sehinggala ke hari ini..Apa sebenarnya yang aku fikirkan, aku pun tidak tahu....mungkin kerana aku sangat merindui seseorang yang tidak merindui aku...

Pagi nie sekali lagi aku merasa cukup tidak tenang.....marking belum start lagi...adui...bila la mau start nie. Bukan sengaja ditangguh2kan tapi kerana percutian ke Indonesia telah menyebabkan aku berehat sebentar dari kerja- kerja sekolah...mungkin hari ini la aku akan start cek kertas2 yang menimbun nie.Target untuk hari ini mesti dapat siapkan walaupun hanya separuh sahaja...

Percutian ke Indonesia sangat menggembirakan. Walaupun pergi tanpa pakej tapi everything goes as planned....hampir semua tempat yang telah dirancang sempat kami pergi kecuali Mangga Dua. Itupuk kerana bekalan rupiah semakin berkurang dan hujan. Kalau di Jakarta nie, tiap kali hujan, conform macet dan terperangkaplah dalam jam sehingga berjam - jam. Untungnya tinggal di Malaysia, walaupun jalanrayanya sibuk tapi hampir semuanya mengikut peraturan. Di Indonesia, perlukan keberanian....huh!!!!

Adui...fikiranku masih melayang2...sebenarnya aku rindukan dia...sangat rindukan dia...tapi entah la.......

0 comments: