Friday 18 March 2011

Apa sebenarnya....

Entah la kenapa fikiran nie tidak pernah senang...macam ada saja yang tidak kena. Bermula dengan misi untuk mendapatkan pengiktirafan MS - ISO sehinggala ke hari ini..Apa sebenarnya yang aku fikirkan, aku pun tidak tahu....mungkin kerana aku sangat merindui seseorang yang tidak merindui aku...

Pagi nie sekali lagi aku merasa cukup tidak tenang.....marking belum start lagi...adui...bila la mau start nie. Bukan sengaja ditangguh2kan tapi kerana percutian ke Indonesia telah menyebabkan aku berehat sebentar dari kerja- kerja sekolah...mungkin hari ini la aku akan start cek kertas2 yang menimbun nie.Target untuk hari ini mesti dapat siapkan walaupun hanya separuh sahaja...

Percutian ke Indonesia sangat menggembirakan. Walaupun pergi tanpa pakej tapi everything goes as planned....hampir semua tempat yang telah dirancang sempat kami pergi kecuali Mangga Dua. Itupuk kerana bekalan rupiah semakin berkurang dan hujan. Kalau di Jakarta nie, tiap kali hujan, conform macet dan terperangkaplah dalam jam sehingga berjam - jam. Untungnya tinggal di Malaysia, walaupun jalanrayanya sibuk tapi hampir semuanya mengikut peraturan. Di Indonesia, perlukan keberanian....huh!!!!

Adui...fikiranku masih melayang2...sebenarnya aku rindukan dia...sangat rindukan dia...tapi entah la.......

Friday 18 February 2011

Baik - Baik Sayang....

Aku tak ingin kau menangis bersedih
Sudahi air mata darimu
Yang aku ingin arti hadir diriku
'kan menghapus dukamu sayang

Karena bagiku kau kehormatanku
Dengarkan dengakan aku

Hanya satu pintaku untukmu dan hidupku
Baik baik sayang ada aku untukmu
Hanya satu pintaku disiang dan malammu
Baik baik sayang karna aku untukmu

Semua keinginan akan aku lakukan
Sekuat semampuku sayang
Karena bagiku kau kehormatanku
Dengarkan dengarkan aku

Love this song soooooooooooo much....

Monday 14 February 2011

Antara Garisan

15 Feb 2011...bila mengingatkan tarikh ini, terasa gundah di hati. Adakah segala akan seperti yang aku jangkakan atau sebaliknya....Alhamdulillah..semuanya berlalu dengan sempurna...Maha Suci Allah kerana melindungi diri yang alpa ini. Terima kasih ya untuk kamu yang sangat bermakna di hati ini...


Hari isnin ( 14 Feb ) harijadi seseorang dan kelmarini (15 feb ) juga harijadi seseorang. Meraikan harijadi orang yang tidak pernah meraikannya memang sungguh bermakna. Sungguh bertuah jika ada orang yang celebrate harijadi untuk diri kita. Kalau la aku sebertuah itu....nampaknay setelah bertahun hidup, tidak pernah pun ada elemen surprise sepanjang harijadiku....Apa2pun TQ Facebook kerana melalui laman sesawang sosial inilah aku mendapat ratusan ucapan harijadi buat pertama kalinya sepanjang hidup ini. Kalau dulu, beli kek kecil, duduk termenung dan makan sendiri...tahun ini aku akan lalui lagi saat2 seperti itu. 


Thursday 10 February 2011

Walaupun hanya Ujian Setara.....

Aduahi...walaupun hanya 3 hari, tapi 3 hari inilah yang amat memenatkan. ...aku kurang berminat bila start dah feel exam..bukan apa, malasnya melayan kerenah guru2 yang ditugaskan menjaga exam nie...terlalu banyak kerenah sehingga memeningkan aku. Masing2 pandai MENGELAK....dan MENGELAK.....ada yang bagi alasan macam2...disuruh buat itu la, buat ini la....last2 orang lain yang jadi mangsa. Di sini menunjukkan betapa komited atau tidak individu itu dalam menjalankan tugas. Minggu ujian / exam bukan minggu untuk berehat tapi minggu2 seperti biasa juga. Kadang2 naik juga darah aku tapi biarlah...selagi tidak menggangu kehidupan aku, aku telan saja la....Masa2 begini la aku kenal manusia2 di sekelilingku....ada yang buat2 lupa...ada yang buat2 lupa, ada yang pesan sedari awal supaya jangan bagi pada masa tertentu dsb....aduhai...jadi kerja aku la pula meng'adjust' jadual untuk orang2 ini....Tapi ada juga yang sangat komited...tidak kira apa keadaan sekalipun, kerja tetap kerja....

Tuesday 8 February 2011

Bila manusia terasa HEBAT....


Kalau tengok tajuk buku di sebelah ni mungkin ada yang mempunyai persepsi yang negatif. Post kali ini aku nak bincangkan kisah seorang manusia yang merasa dirinya terlalu hebat hingga memandang sinis terhadap kebolehan orang lain.

Adalah seorang Hamba Allah ni, merasa dirinya terlalu hebat. Aku nie mengajar subjek Sejarah yang memang dah dilabel sebagai subjek untuk tidur, Manusia ni pula mengajar subjek yang kononnya bakal menentukan masa hadapan para pelajar. Dulu pernah dia mempertikaikan option rakan sekerja yang lain. Untuk pengetahuan, aku nie Sejarah tu minor je, major aku Ekonomi Asas. Tapi apa boleh buat, Ekonomi Asas tidak ditawarkan di sekolah ini lagi. Maka bermulalah cabaran sebagai guru Sejarah sejak 8 tahun yang lalu. Berbekalkan kesungguhan dan pengetahuan yang cetek, aku pun mengajarlah Sejarah sehingga sekarang.Alhamdulillah, aku dapat membantu sekolah dalam meningkatkan keputusan sejarah PMR dan SPM. Aku tidak pernah mengatakan diri aku hebat walaupun aku berjaya membantu sekolah...aku rasa diri aku masih serba kekurangan dan masih banyak yang perlu aku pelajari. Aku tidak sesekali memandang rendah kepada rakan sepanitia yang lain. Aku masih perlu belajar untuk memperbaiki kelemahan diri. Tapi malangnya, ada yang baru setahun jagung di sekolah nie yang sudah mula berlagak hebat sehingga kadang-kadang tidak hormat dengan perasaan guru yang lain. Pelajar perlu bergegas ke kelasnya sehingga sanggup meninggalkan kelas guru yang sebelumnya. Penting sangat ke subjek tu sehingga subjek yang lain dipandang sinis oleh pelajar? Dulu aku dah terkena tapi kali ini kalau aku terkena lagi, aku akan ambil tindakan yang sama seperti yang dia ambil untuk pelajar di kelasnya. Semua orang mahukan kejayaan tetapi bukan kejayaan yang berbentuk peribadi...biarlah kejayaan bersama..Sudahlah menganggap diri hebat, boleh pula pilih pelajar. Tidak mahu mengajar pelajar yang tidak diingini...Kalaulah aku pun boleh buat perkara yang sama, tentu aku akan memilih pelajar - pelajar yang "perform" sahaja di kelas aku. Kalau betullah hebat, buktikan !!!! Aku rasa kalau selalu rasa tidak berpuashati, mesti ada "something wrong somwhere" dengan yang empunya diri. Aku cukup meluat dengan manusia yang seperti ini. Pelajar pun seperti sudah terprogram" agar meninggalkan kelas cikgu lain lebih awal supaya tidak dikenakan denda. Nasib baiklah tahun ini aku tidak terkena...kalau lah aku terkena, biar bergusti aku tidak akan mengalah!!!!!!!!!

Friday 4 February 2011

05 Februari 2011

A few days ago, bila buka FB, barulah aku perasan ada 1 event aku dijemput hadir....bila tengok betul2, rupanya DIA jemput aku ke majlis perkahwinannya...erm, haruskah aku pergi? Kalau aku pergi, siapa yg temankan aku nanti? Terlalu banyak yang aku fikirkan sehinggalah aku mencapai satu kata putus iaitu TIDAK PERGI....Maaf ya, bukan tidak sudi tapi tentu lain nanti jadinya. Terlalu lama kau tunggu aku sedangkan aku sudah bagi jawapan iaitu "Biarlah kita berkawan sahaja....".. Maafkan aku kerana jika akulah diantara sebabnya kau lambat bertemu jodoh...aku ada kisah aku sendiri...Bukannya aku memilih yang cantik tapi aku memilih yang baik budi...hormat orang tua...pandai masak.....dan bla..bla...bla...bla...

Kalau di sekolah, ada saja yang bertanya...bila lagi?...bila lagi?.... sampai aku naik angin. Sibukkan hal orang lain, lebih baik jaga rumahtangga sendiri. Kalau ada jodoh takkan ke mana. So, aku pekakkan telinga dan butakan mata. Mau cari pasangan hidup ni bukan macam beli pisang goreng...adakah orang mau terima orang macam aku ni? Hah..itu yang menjadi buah fikiran aku. Siapa pula yang jaga orang tuaku nanti bila aku sudah ada tanggungjawab lain? Kalau sekadar meramal apa yang bakal berlaku selepas berumahtangga, tidak payah la..ada kes ibubapa terabai gara - gara ada tanggungjawab lain. Ada pula yang tidak mahu balik rumah mentua...tidak selesa dan sebagainya. Macamana tu? So, biarlah dulu...kalau aku terjumpa yang betul - betul sesuai nanti, aku tidak akan fikir panjang lagi...InsyaAllah.....

Thursday 3 February 2011

Satu Permulaan........................................................From Beijing With Love Dis 2010


Ini adalah satu permulaan bagi satu kehidupan baru. I want to start something new....and for the new beginning, I would like to share my Holiday in Beijing last year..satu percutian yang memang boleh dikategorikan sebagai "Terbaik Wok"....Aku sangat - sangat berpuas hati dengan tempat - tempat yang dilawati. Sebelum tiba di beijing, terlalu banyak kata - kata yang tidak memotivasikan keluar dari mulut insan- insan tertentu. Susah nak cari makan la, jaga la kau di sana nati...itu la...ini la....tapi bila sampai ke Tanah Beijing, rasa macam di Malaysia pula kerana terlalu ramai orang Malaysia yang melawat Beijing pada masa itu. Sana sini orang Malaysia...hahahahaha.....lucu betul.Cuma yang beza cuaca di Beijing. Suhu minimum kadang - kadang mencecah 0 darjah.....sejuk wooo.....nasib baju bundle yang kami beli sangat membantu....

Di bawah adalah gambar2 yang sempat diabadikan dari lensa seorang teman yang turut serta dlm percuitain ini...TQ Lyn....

Bersantai di Lobby Hotel....
Sempat berposing di luar bas
Forbidden City
Forbidden City






Model baju sejuk..



Persembahan akrobatik yang sangat best!!!!!!
Kedai Jed
On the way ke Ski Resort


Hahahaha.....
Kanak - kanak riang
Konon - kono pro.....
Great Wall...


Di depan hotel
ke Musium Panda
Panda yang pemalu
Ini spesies panda mana?
Summer Palace

Tasik yang beku..






Bird Nest




Kamilah juara.....







Empire Hotel