Tuesday 8 February 2011

Bila manusia terasa HEBAT....


Kalau tengok tajuk buku di sebelah ni mungkin ada yang mempunyai persepsi yang negatif. Post kali ini aku nak bincangkan kisah seorang manusia yang merasa dirinya terlalu hebat hingga memandang sinis terhadap kebolehan orang lain.

Adalah seorang Hamba Allah ni, merasa dirinya terlalu hebat. Aku nie mengajar subjek Sejarah yang memang dah dilabel sebagai subjek untuk tidur, Manusia ni pula mengajar subjek yang kononnya bakal menentukan masa hadapan para pelajar. Dulu pernah dia mempertikaikan option rakan sekerja yang lain. Untuk pengetahuan, aku nie Sejarah tu minor je, major aku Ekonomi Asas. Tapi apa boleh buat, Ekonomi Asas tidak ditawarkan di sekolah ini lagi. Maka bermulalah cabaran sebagai guru Sejarah sejak 8 tahun yang lalu. Berbekalkan kesungguhan dan pengetahuan yang cetek, aku pun mengajarlah Sejarah sehingga sekarang.Alhamdulillah, aku dapat membantu sekolah dalam meningkatkan keputusan sejarah PMR dan SPM. Aku tidak pernah mengatakan diri aku hebat walaupun aku berjaya membantu sekolah...aku rasa diri aku masih serba kekurangan dan masih banyak yang perlu aku pelajari. Aku tidak sesekali memandang rendah kepada rakan sepanitia yang lain. Aku masih perlu belajar untuk memperbaiki kelemahan diri. Tapi malangnya, ada yang baru setahun jagung di sekolah nie yang sudah mula berlagak hebat sehingga kadang-kadang tidak hormat dengan perasaan guru yang lain. Pelajar perlu bergegas ke kelasnya sehingga sanggup meninggalkan kelas guru yang sebelumnya. Penting sangat ke subjek tu sehingga subjek yang lain dipandang sinis oleh pelajar? Dulu aku dah terkena tapi kali ini kalau aku terkena lagi, aku akan ambil tindakan yang sama seperti yang dia ambil untuk pelajar di kelasnya. Semua orang mahukan kejayaan tetapi bukan kejayaan yang berbentuk peribadi...biarlah kejayaan bersama..Sudahlah menganggap diri hebat, boleh pula pilih pelajar. Tidak mahu mengajar pelajar yang tidak diingini...Kalaulah aku pun boleh buat perkara yang sama, tentu aku akan memilih pelajar - pelajar yang "perform" sahaja di kelas aku. Kalau betullah hebat, buktikan !!!! Aku rasa kalau selalu rasa tidak berpuashati, mesti ada "something wrong somwhere" dengan yang empunya diri. Aku cukup meluat dengan manusia yang seperti ini. Pelajar pun seperti sudah terprogram" agar meninggalkan kelas cikgu lain lebih awal supaya tidak dikenakan denda. Nasib baiklah tahun ini aku tidak terkena...kalau lah aku terkena, biar bergusti aku tidak akan mengalah!!!!!!!!!

0 comments: