Friday 4 February 2011

05 Februari 2011

A few days ago, bila buka FB, barulah aku perasan ada 1 event aku dijemput hadir....bila tengok betul2, rupanya DIA jemput aku ke majlis perkahwinannya...erm, haruskah aku pergi? Kalau aku pergi, siapa yg temankan aku nanti? Terlalu banyak yang aku fikirkan sehinggalah aku mencapai satu kata putus iaitu TIDAK PERGI....Maaf ya, bukan tidak sudi tapi tentu lain nanti jadinya. Terlalu lama kau tunggu aku sedangkan aku sudah bagi jawapan iaitu "Biarlah kita berkawan sahaja....".. Maafkan aku kerana jika akulah diantara sebabnya kau lambat bertemu jodoh...aku ada kisah aku sendiri...Bukannya aku memilih yang cantik tapi aku memilih yang baik budi...hormat orang tua...pandai masak.....dan bla..bla...bla...bla...

Kalau di sekolah, ada saja yang bertanya...bila lagi?...bila lagi?.... sampai aku naik angin. Sibukkan hal orang lain, lebih baik jaga rumahtangga sendiri. Kalau ada jodoh takkan ke mana. So, aku pekakkan telinga dan butakan mata. Mau cari pasangan hidup ni bukan macam beli pisang goreng...adakah orang mau terima orang macam aku ni? Hah..itu yang menjadi buah fikiran aku. Siapa pula yang jaga orang tuaku nanti bila aku sudah ada tanggungjawab lain? Kalau sekadar meramal apa yang bakal berlaku selepas berumahtangga, tidak payah la..ada kes ibubapa terabai gara - gara ada tanggungjawab lain. Ada pula yang tidak mahu balik rumah mentua...tidak selesa dan sebagainya. Macamana tu? So, biarlah dulu...kalau aku terjumpa yang betul - betul sesuai nanti, aku tidak akan fikir panjang lagi...InsyaAllah.....

0 comments: